Tuesday, 24 January 2017

Dunia

Bismillahhirahmanirahim..
Assalamualaikum.

Dunia? Segala-galanya mengenai dunia. Apa pun kita buat, baik hari ini atau esok dan mungkin sekarang, adalah semuanya berkaitan dengan dunia. Saya mulakan my first entry ini dengan "dunia". 

"Oh dunia ini..penuh kepalsuan...". Pernah dengar bait-bait lirik lagu ini? Aishah, janji manismu. Benarlah penyanyi ini menyampaikan lagu ini dengan penuh emosi lantaran segala bait-bait ini benar-benar berlaku dalam roda-roda kehidupan seharian yang kita lalui di dunia ini. Kita hidup didunia ini cuma sekali dan pengakhiran hidup kita ini pun cuma sekali kerana mana mungkin wujud istilah "mati hidup semula'. Sebagai orang Islam, saya percaya hidup kita ini benar-benar 'terjadi' selepas tamatnya dunia, iaitu kehidupan yang kekal abadi. 

Dongak ke langit wahai sahabat. Lihat, lihat betapa luasnya langit Allah yang memayungi dunia ini. Seluas itulah rezeki yang Allah akan beri pada semua kita selagi kita masih bergelar khalifah Allah di dunia ini. Berbaktilah pada dunia kawan-kawan. Janganlah kita tertipu dek lekaan duniawi yang bersifat sementara ini kawan-kawan. Ayuh, bangkit, usaha, tawakal dan yang paling utama adalah niat kerana Allah dalam melakukan segala perkara. Dunia dah makin 'tua'. Dunia bagaikan hendak 'menutup' layarnya dek kerana kealpaan manusia yang lalai dan leka terhadap duniawi sedangkan kita hidup untuk satu fasa baru iaitu alam akhirat yang kekal abadi. Maka, berbaktilah pada dunia yang kita sayang ini sebagai 'bekalan' untuk alam yang kekal abadi kelak.


Arifah Kader 
25/01/2017. 12.55 am.

No comments:

Post a Comment